Tuesday, 28 August 2012

Berhati-hati beli makanan dari Mc Donalds


McDonalds restoran cepat saji sangat popular didunia tetapi
kita harus berhati- hati kerana takut makan yang di sediakan kurang
masak seperti gambar dibawah ini..


Inilah Wanita Yang menghina Rasul, Azan, Islam dan Malaysia


Kalau korang jumpe pompuan ni apa korang buat ??
Adakah ini Tengku Sophia yang sedang heboh diperkatakan sekarang???? atau laman twitternya memang benar2 di hack oleh seseorang?? kalau benar2 ianya dihack harap hacker tersebut insaflah..admin amat kesal dengan tindakan PENULIS yang menhina islam ini, diulangi penulis ok, bukan pemilik…:)






Penjelasan Berhubung Rumah Didakwa Berhantu Di Seksyen 2 Shah Alam


Kisah rumah didakwa berhantu di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor tersebar melalui internet, media cetak dan cerita dari mulut ke mulut.

Jam 12.30 malam tadi saya dan 2 kru 666, Razali serta Farid menuju ke Seksyen 2, Shah Alam.

“Mana satu rumah dikatakan berhantu?,” tanya Razali kepada pengawal sekolah berhampiran.

“Jalan depan, sampai simpang belok kiri, rumah sebelah kanan, hujung sekali,” balas pengawal sama.

Sebaik tiba berhampiran rumah terbabit, kami keluar dari kenderaan. Razali dan Farid pantas memasang kamera pengesan pergerakan Infrared di tepi jalan menghadap ke arah rumah dimaksudkan.



Kamera terbabit berupaya merekod gambar pegun dan menghasilkan rakaman video berdurasi 10 saat sebaik pegerakan dikesan di sekitar kawasan hadapan lensa.

Kami kemudian bergerak kira 100 meter dari rumah itu dan mengeluarkan peralatan lain.




Perakam audio parabola membenarkan kami mendengar bunyi di sekeliling secara lebih jelas manakala jangkasuhu infrared digunakan untuk menyukat suhu sekitar.

Jam 1.15 pagi kami terlihat sekumpulan remaja berjalan ke arah lokasi kami berdiri.

“Assalamualaikum! Boleh tumpang tanya sikit?,” soal Farid.



Biar pun kelihatan teragak-agak, mereka memberikan jawaban kepada soalan dikemukakan oleh Farid sambil diperhatikan Razali.

“Mana satu rumah dikatakan berhantu di sini?,” tanya Farid.

“Itu,” ujar gadis bertudung putih.

Mereka, pelajar kolej berusia di antara 18 dan 19 tahun.




Seperti dijangka sejak awal, dia menunjukkan kami rumah dua tingkat berpagar tersergam tanpa diterangi cahaya lampu. Rumah sama seperti saya lihat dipaparkan dalam beberapa blog sebelum ini.




Perhatikan peti surat di pagar, tiada tertera nama pemilik mahu pun alamat rumah.



“Macam mana awak tahu rumah ini berhantu?,” soal saya.

“Ada kakak kakak serumah, pernah kena kacau,” ujarnya.

“Kena kacau macam mana?,” soal saya spontan.

“Beg lugage dia orang kena alih. Bila dibaca ayat Al-Quran, lugagae itu macam kena hempas, kira macam ‘benda’ itu marah,” jelasnya.

“Dia orang nampak ke ‘benda’ menghempaskan beg itu?,” tanya saya.



“Tidak,” balasnya ringkas.

Malangnya dia bercerita berhubung kejadian didakwa berlaku di rumah sewa bertentangan dengan rumah dua tingkat terbabit.




“Rumah dua tingkat ini pula, apa ceritanya?,” soal saya lagi.

“Pernah ada orang nampak macam orang tua perempuan di dalam rumah,” ujarnya.





“Ada gambar pegun, video atau audio dirakamkan sebagai bukti?,” soal saya.

“Tidak ada,” balasnya.

Sedang kami berbual, Farid menghampiri rumah terbabit dan cuba menyukat suhu sekeliling.

“Tujuh puluh satu darjah Fahrenheit,” katanya.



Suhu normal.

Razali kemudian mengambil alih tugas itu dan gaya bapa kepada 2 anak itu kelihatan tidak ubah bak juara menembak peringkat kebangsaan.



Sewaktu Farid merakamkan gambar pegun, saya menggunakan perakam audio parabola.

Sebaik alat itu dihalakan ke arah rumah, saya terdengar bunyi cicak, bunyi seperti pintu dibuka dan perabot dialihkan.



Spontan saya memegang beg kecil di dalam poket mengandungi minyak wangi Kasturi Syifa’.

“Saya pun tadi mendengar bunyi sama bro. Lagi pun kawasan ini bising, mungkin bunyi dari rumah di belakang atau rumah sebelah,” jelas Razali kelihatan tenang.




Kira-kira jam 1.50 pagi, seorang daripada rakan serumah 3 gadis terbabit datang menghampiri kami. Dia berusia 24 tahun, berasal dari Selangor dan kedengaran petah berkata-kata.




“Sebelum ini orang selalu kacau,” katanya.

“Dikacau bagaimana?,” soal saya.

“Pernah satu malam, kira-kira 15 orang tua tua datang berdiri di jalan ini. Dia orang ambil gambar dan cuba memanjat pagar. ‘Benda’ itu, bukan ke kalau dikacau, dia akan kacau kita balik?,” dia bertanya.

“Benda apa?,” saya pura-pura tidak faham kenyataannya.

“Hantu itulah,” jawabnya spontan.

Sekadar ingin mencari kebenaran, soalan berikutnya saya ajukan.

“Macam mana awak tahu rumah ini benar benar berhantu?”

“Orang cakap rumah ini berhantu,” balasnya yakin.

“Jadi kalau orang cakap rumah ini berhantu, semestinya berhantu ke? Biar pun setakat ini memang tidak ada bukti nyata?,” tanya saya.

Dia terdiam seketika.

“Orang cakap, ada mayat ditanam di dalam rumah ini,” katanya.


Andai kata dakwaan itu benar, saya yakin puluhan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terletak kurang 2 kilometer telah lama ‘berkampung’ untuk menjalankan siasatan terperinci di rumah sama.

Pasukan forensik juga pasti tidak kering keringat merungkai dan menganalisa bahan kes.

Saya kira, dakwaan dihebahkan secara semberono dari mulut ke mulut itu memburukkan imej rumah dan pemilik.

“Pernah ternampak orang tua datang mengambil surat, bila ditanya, boleh ke kami sewa rumah ini? Dia marah,” jelas pelajar itu lagi.

Terfikir, barangkali orang tua itu sudah terlalu muak mendengar cerita seram disebarkan. Dia juga mungkin kerugian.



“Rumah bawah awak duduk sekarang, berapa sewa sebulan?,” soalan saya ajukan.

“Sembilan ratus ringgit,” jawabnya.

Jika tidak didikatakan berhantu, kru 666 menganggarkan sewa bulanan rumah dua tingkat terbabit mampu mencecah RM1,300. Kini, maklumat tercatat di internet mendakwa tiada penyewa sanggup menetap di rumah itu biar pun dengan bayaran RM50 sebulan.

Kru 666 tidak berpeluang melakukan tinjauan terperinci kerana premis itu berpagar dan kami tidak berhajat melanggar undang-undang kerana menceroboh.

Setelah diteliti, kamera perakam pergerakan di tempatkan berhampiran pagar rumah tidak merekodkan visual entiti paranormal.

Namun, kamera digital merakamkan bebeapa gambar pegun entiti dipercayai orbs atau sekadar habuk berterbangan.





Sejak sebulan lalu, kru 666 berhasrat menghubungi pemilik rumah tetapi gagal. Kami ingin memohon kebenaran beliau untuk bermalam di rumah itu dan menjalankan tinjauan sekaligus cuba menyingkap fakta di sebalik rumah dikatakan berhantu itu.

Seperkara lagi, 666 terfikir, mungkinkah kisah seram menyelubungi rumah itu hanya sekadar rekaan sahaja? Atau barangkali gambar rumah sama dirakamkan secara rawak dan pemilik terpaksa menerima bahana?