Sunday, 26 August 2012

Rumah Berhantu Di Genting

Amber court terletak di kawasan bawah sedikit dari kawasan taman tema dan hotel yang bertaraf tinggi di sekitar kawasan genting highlands. Ramai pengunjung yang menginap di dalam apartment ini dan telah mengalami pelbagai kejadian yang menakutkan mereka sehingga membuatkan mereka tidak mahu berkunjung lagi ke amber court. Ada yang dengar suara perempuan menangis dan jeritan meminta tolong.Ramai mendakwa di kawasan amber court ini banyak dijadikan kawasan tempat untuk bunuh diri kerana para penjudi yang kalah di casino akan terjun dari amber court. Ini ialah antara cerita yang didakwa oleh semua pengunjung yang pernah datang ke amber court. Banyak permintaan untuk saya turun ke lokasi ini dan saya mungkin akan merungkai fakta yang didakwa oleh orang ramai mengenai tempat ini. .
Berikut adalah aduan yang diberikan oleh penginap:
“amber court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
.
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
.
“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”

No comments:

Post a Comment